Nuffnang Code

Monday, July 23, 2012

Menu Hari Ini

As Salam

Dalam otak dah rancang sesuatu untuk dimasak petang ni. Ingatkan nak masak paprik. So tadi dah shoot g mydin untuk beli syaur sayur je yang lain semue dah siap dibeli semlm. Harap harap hari ini my hubby x sakit perut lagi sebabnye semalam die sakit perut sampai berguling guling n die makan sikit je. Semalam masak nasi tomato..hurmm...bulan ramadhan ni kene rajin tgk resipi sebabnye dah janji dengan mr hubby kalau boleh xnak membazir mcm tahun tahun lepas kalau pergi pasar ramadhan selagi belum rm20 selagi tu asik nak beli je..nafsu kan..huhu tulah tahun ni berazam untuk masak selama sebulan n bulan ni mr google adalah teman terbaik sy :)

Bahan-bahan Resepi  Masakan Ayam Masak Paprik ( untuk 2 orang makan )
1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
1 ulas bwg putih+  1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram (cik tom gunakan 2 sudu besar kicap manis)
1 ½ inci carrot  (dipotong)
1/2  labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2  sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis
2 helai daun limau purut
**untuk pekatkan kuah paprik boleh jugak masukkan tepung jagung.
**untuk lagi sedap boleh masukkan sayuran seperti bunga kobis, putik jagung, kacang panjang/buncis atau apa-apa jenis sayuran yang disukai.
Cara-cara masakan resepi masakan ayam masak paprik;
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam, kicap, sedikit air dan kacau sehingga rata.
4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.
5. Masukkan carrot, cili padi dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.
6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.
8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.
9. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba ye!

No comments:

Post a Comment