Nuffnang Code

Wednesday, December 11, 2013

:: Bukan Kerana Aku Tak Cinta ::

Assalammualaikum
BUKAN KERANA AKU TAK CINTA
Tengah popular drama yang diadaptasi dr novel diatas. Masih belum berkesempatan untuk membeli tapi 1 day pasti beli. Xdapat nk layan kat TV sebab di rumah tiada Mustika HD. So berbekalkan Ipad yang ada je lahhhh..naseb ade juga blog yang sudi uploadkan cerita ni kalau x pasti kempunan :)
SINOPSIS
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!” 

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

:: Bila 2 2 Angin Kus Kus ::

Assalammualaikum

Salam petang rabu..oh lambatnye petang kamis 19hb :( xsabar nak cuti hukhukhuk...So bila 2 2 meningkat umurnye so mcm mcm perangai dtg..Kiddos..kadang - kadang buat mama ketawa kadang kadang bikin mama geram sama kamoo...

Dah 2 hari pepagi agak kelam kabut sebab 2 2 nangis untuk 2 hari ini...smlm n hari ni..xtau dimana silap layanannye..pasti jiwa mereka terusik lalu mengeluarkan setitik air jernih..alamak..motif berkata kata begini?so layan ajelah sebab mata sgt mengantuk...kadang kadang sgt menguji kesabaran...hukhukhuk...

walauapapun..mama syg bangat sama kamoo berdua :) you two made my life so colourfull :) I love you both!!!

Hopefully dieorg x nanges lagi untuk pagi esok nyer... :)

:: Trip To Somewhere Beside Malaysia ::

Assaalammualaikum

I love Disember. Macam macam yang hadir di bulan Disember. Bulan istimewa for my hubby and for my princess. It's him and her birthday actually :) Then adelah beberapa perkara yang akan dapat di bulan ini. hihih..masih belum dapat and masih mode --> waiting :)

So for this Disember Insyaallah kami akan bercuti..ohh lambat nye tarikh itu :'( Insyallah hujung tahun akan berangkat terbang ke negara sebelah.kikik...1st time actually nk g jauh sikit dari Malaysia. Singapore ok lagi kot tapi ni pun kire ok la kot sebab language die stil BM tapi Jawa.Keh3x

Kali ni 1st time jalan jauh x bawak kiddos.Perasaan??Huk3x..sedih maaa...Mak mane sanggup jalan x bawak anak..kene jugak kuatkan hati ni//beberape kali jugakla nk booking tiket untuk dieorg tp ckp dlm hati sabar mama bolehhhh and  disebabkan oleh beberape faktor..so we decide x bawak dieorg n mereka akan dijaga oleh my parents la..lagi dieorg suke kot dpt duk kg ramai yg melayannye....huhu....xpelah kasi can kat mama dgn ayah la ye..hihihi..

Kami will fly on 25th disember...balik 29..5 hari 4 malam...Semuenye sudah di booked. Hotel Sewa Supir...cume sediakan aje duit duit nyer...hukhukhuk..Itenary juge sudah disediakan. Harap berjalan lancar seperti yang di plan. Semoga semuenye selamat di sana. Untuk cerita selanjutnya tunggu balik dr sane akan diceritakan. Harap harap kali ni xdelah blog ni bersawang lagi ahaks :p

:: Ekk?? ::

Assalammualaikum

ekk?motif tajuk gitu?hurmm sgt lame rasenye tinggalkan dunia penulisan..mood non ada untuk menulis pelbagai cerita..semua cerita dibiarkan berlalu dan hanya disimpan di dalam hati :) cewahh..hik3x.......

so sempene tarikh yg sudah mula org ramai perkatakan tentang keistimewaannye bermula awal pagi 111213 jom kite buka buku baru dgn menulis kembali kenangan kenangan  yang akan dicipita bersama keluarga dan juga teman. happy reading :)