Nuffnang Code

Tuesday, June 10, 2014

:: TEMPTATION OF WIFE ::

Assalammualaikum

Sekarang tengah gile layan cite ni. Cite Philiphines. Kui3x. Tapi di tayangkan jam 3 dr Isnin sampai Rabu ke Khamis. Aku x igt. Pokoknye setiap malam mesti tgk kat TonTon. Huk3x. 4G Internet memang xcukup. So kene beli topup lagi. Habis duit mak. Cerite punye pasal. Ish3x.

Terbaharu di slot Telenovela, drama siri Filipina terbitan GMA Worldwide Inc., ‘Temptation of Wife’ bakal menemui penonton TV3 bermula 10 April 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang. Drama bersiri yang diadaptasi daripada siri drama Korea popular ini diarahkan oleh Dominic Zapata menampilkan barisan pelakon popular Filipina seperti Marian Rivera (Angeline Santos-Salcedo/Chantal Gonzales), Dennis Trillo (Marcel Salcedo), Glaiza de Castro (Heidi Fernandez) dan Rafael Rosell (Nigel Armada).

Angeline terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang jururawat apabila dia mendapati dirinya mengandung kerana terlanjur dengan Marcel Salcedo. Heidi yang turut menyimpan perasaan terhadap Marcel cuba sedaya upaya untuk menggagalkan perkahwinan Angeline dan Marcel tetapi dia tidak berjaya. Jadi, Heidi telah membawa diri ke luar negara.

Selepas berkahwin dengan Marcel, Angeline dilayan seperti orang gaji oleh ibu mertuanya, Stella. Walaupun dirinya tidak disukai oleh ibu mertuanya, Angeline tetap bersabar dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan anak menantu yang baik. Malangnya, Angeline mengalami keguguran dan sukar untuk hamil semula.

Selepas 5 tahun, Angeline masih tidak mengandung untuk kali kedua. Marcel mula tertekan kerana dia inginkan zuriat. Hubungan mereka berdua mula dilanda masalah. Heidi pulang ke Filipina sebagai seorang wanita berkerjaya yang berjaya. Heidi yang masih berdendam dengan Angeline mula menggoda Marcel untuk menghancurkan hidup Angeline.

Angeline mula mengesyaki Marcel telah bercurang. Namun, Angeline tidak menyangka bahawa perempuan simpanan Marcel ialah Heidi yang dilayannya sebagai seorang adik. Marcel yang mahu memutuskan hubungannya dengan Heidi telah berubah fikirannya apabila Heidi memberitahunya dia telah mengandungkan anaknya. Malah, Marcel yang telah diperdayakan oleh Heidi tidak mempedulikan Angeline yang akhirnya mengandungkan anak kedua mereka.
 
Dalam satu pergelutan dengan Heidi, Angeline telah jatuh ke dalam laut dan disangka mati lemas. Mujur dia telah diselamatkan oleh Nigel. Demi membalas dendam terhadap Marcel dan Heidi, Angeline sanggup berpakat dengan Yolanda untuk menyamar sebagai anak perempuannya iaitu Chantal Gonzales yang menguruskan sebuah syarikat produk kecantikan.

Daripada seorang suri rumah biasa, Angeline kini dikenali sebagai Chantal Gonzales yang penuh pesona. Sebagai permulaan, Angeline telah menggoda Marcel yang kini berkahwin dengan Heidi. Secara perlahan-lahan, Yolanda dan Angeline mahu mengambil alih syarikat keluarga Salcedo.

Dalam masa yang sama, Nigel mula menyayangi Angeline dan sentiasa melindunginya daripada rancangan jahat Heidi dan Stella. Chantal yang telah hilang itu sebenarnya sangat obses dengan abang angkatnya, Nigel dan mahu berkahwin dengannya.

Wednesday, June 4, 2014

:: HAPPY BIRTHDAY EMIR ZAFRAN ::

Assalammualaikum

Entry agak terkebelakang. Kekangan masa almost 2 bulan lebih kot. Masa tu xdelah kekang sgt tapi mood asiklah ke Laut China Selatan. Maafkan saya :(

So 26 Mei 2014..My Boy turns 4. Happy Birthday Darlink!!! Tiada sambutan diadakan untuk die. Cuma mama sempat baking kek and sediakan goodies untuk kawan kawan Emir. 1st time emir sambut di sekolah tanpa mama and ayah and adik. Kami 4 beranak hanye sambut di KFC saje :) Syukur Alhamdulillah.

Dear Emir Zafran
Time flies too fast
You are four years old already
A boy as cute as  you
Has filled our lives with joy
Your smile wins everyone's heart
Happy 4th birthday to you...

Monday, June 2, 2014

:: JUN ::

Assalammualaikum

Masuk bulan baru, Mei telah berlalu. Sekejap je rase mase berlalu. Rase cepat je Mei meninggalkan kite. Walauapepun kene sentiase kehadapan.

So Jun ni ade beberape aktiviti yang akan dilakukan. Next week holiday. Lame rase xbawak anak anak jalan jalan walaupun dieorg xtau pape. Kui3x..Akan ke selatan Malaysia. Jarang sekali ke selatan sebab asik ke utara and pantai timur and  bahagian tengah semenanjung. So 1st time gaklah nk jenjalan ke Johor bersama keluarga. Ade event di Singapore so akan masuk ke sane maybe 2 hari confirm sehari. 

Mood bercuti swicth on tp kene gak keje sampai kamis. Nak cuti lame lame td dah belek buku cuti cuti x berape nak ado. Huk3x. Ade lagi 5 bulan kene hadap so xleh nak cuti sesebarang. Kene simpan untuk anak anak terutamanye. Untuk diri sendiri belakang kire.

Semoga Jun ini blog ni kembali aktif. Huk3x

Friday, May 16, 2014

:: CHICKEN POX ::

Assalammualaikum

Sape pulak kene chicken pox? Emir Zafran yang kene :( Mase tu aku kat Kelantan bekursus. Mase tu hari kedua aku kursus kat sane en suami call bgtau emir kene chicken pox. Aduhai luluh hati sekejap sb mamanye jauh benr. Kalau kat KL memang dah pecut balik. So 4 hari di Kelantan hati rase x tenang. Ayahnye ckp jgn risau. Mak mane la yg xrisau kalau anak x sehat. Macam serik je nk g jejauh. Lepas ni kalau kene kursus jauh memang kene bawak anak. Mereka dah besar dah paham kene tinggal. Mencarikkkk :'( Then demam. Adehh..

So..Balik je terus balik kampung sebab dah bgtau suami suh anta emir kat kampung. Takut berjangkit dgn adik. Huhuhu..sedihnye mase tu. Sgt banyak. And besar besar. Takut aku tgk. Huhu. Mlam tu die meragam. Menangis je. Gatal agaknye. Then esoknye nak keje die xbg aku g keje. Nak mama katenye. Serik kene tinggal pun ye jugak. Tapi aku xleh cuti. So suami yang bekorban cuti. 

Lame jugak emir kene. Pergi klinik mintak krim macam zara dpt then tiap tiap malam sapu. Alhamdulillah. Seminggu jugaklah baru elok. Sekarang ni dalam proses nk kering. Tapi dah pergi sekolah. Doktor dah izinkan. 

Begitula ceritanya. Seminggu berlalu baru nk cerite. Mood ke laut. Hati x tenang. Macam macam berlaku so non ade mood. 

Sekian :)

:: SELAMAT HARI GURU ::

Assalammualaikum

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua gru gru yang pernah menjadi guru saya. TADIKA KEMAS di Ampangan Seremban, Sekolah Kebangsaan Sri Kelana Seremban, Sekolah Menangah Senawang dan Kolej Poly Tech MARA. Terima kasih kerana telah mendidik saya dan alhamdulillah syukur kerana saya berada disini bahagia bersama keluarga tercinta. Jasa mereka takkan saya lupa sampai bila bila. 

Selamat Hari Guru juga saya ucapkan kepada Cikgu Cikgu di Tadika Ilmu Kota Fesyen MITC Melaka kerana telah mendidik dan menjaga anak anak saya dengan baik. Semoga cikgu cikgu sentiasa dimurahkan rezeki :)





Wednesday, April 23, 2014

:: PARUT ::

Assalammualaikum

Kejadian yang telah lame berlaku. Xdela lame sgt baru seminggu. Rabu last week lepas balik kerja..As usual anak anak akan cari segala macam mainan yang ade kat rumah. Then dieorg main scooter. Mama kemas macam biase. Tup tup dgr dentuman. Allah Emir jatuh tergolek tapi x nanges. So ingt xde pape yg berlaku lah.

Then malam nak tido tetibe die cakap sakit sini katenye. Igt sakit gigi so diam je la suh die tido tapi die cakap sakit lagi. Bukak lampu tgk pipi dah bertande. Darah sikit. Hurmmmmmm..terus sapu minyak gamat. Dalam hati dah risau takut bertanda x hilang :'(

Esoknye atok die dtg tgk ade luka kat muka cucu die then as usual mama nye lah kene marah jage anak mcm mane. Alamak xkanlah x bg die main scooter. Risau dah mase tu atok die ckp xkan hilang. Then terus g farmasi nak beli Bio Oil. Adik aku pernah kene minyak panas tehn hitam muka and tgn die. Katenye die sapu Bio Oil then hilang. So tanpe mengenal erti putus asa pergila cari Bio Oil. Siang malam tanpe jemu mama sapu kan kat luka Emir. Alhamdulillah makin lama makan hilang...

Bebudak  tgh nak main mcm mcm kejadian berlaku. Xpe janji die suke mama pun suke. CUme kene careful la lepas ni xleh tglkan die and scooter pun dah kene sorok sampai muke elok. Suami xde hari ni. Giliran jaga apak mentua. So x masak tulis blog layan anak anak :)

Sekian.

Sumber : Google

:: Wordless Wednesday ::


Tuesday, April 22, 2014

:: RUBY ::

Assalammualaikum

Saya adalah seorang yang sayang gile kucing :) Cewah. Hurmm tapi sejak 2 ekot kucing yg aku bela mati xde dah nak bela cat lagi. Sedih. 1 mati kene langgar. 1 lagi mati bersalin. Huhuhu. 2 2 tu nak mati tunggu aku balik kerja. Sedih. So sejak dari tu x bela kucing lagi.

But now kat rumah ade sekor kucing yang sgt gebug gemoks. Name die Ruby. Bukan aku bela tapi adik punye. Pegang die gitu gitu je takut tangan ni panas. Nak syg pun gitu gitu je. Fobia. Huhuhu...Sekian entry untuk petang ini. Mau masak :) Motif tetibe?? Ntah Layan je lahhhhhh

#rubythecat

:: Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com ::


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

:: JOM BACA ::

Assalammualaikum

Salam Selasa. Petang semalam sebelum balik ade dapat *tetibe x tau ape nak panggil* PENANDA BUKU kottt..From Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia. Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ni start hari ni pukul 10 sampai 10.10 pagi. 

Kene bawak buku sendiri. Zaman sekarang xyah buku pun xpe. Maklumat semuenye di hujung jari. Google saje cerpen online kejap je keluarnye. Kikikiki :) 

Marilah same same kite membaca walaupun hakikatnye memang tiap tiap hari mebaca :)


Monday, April 21, 2014

:: Again.. AIDIJUMA ::

Assalammualaikum

Sabtu lepas ke Mydin. Ade sales besar besaran Tudung Aidijuma. Sejak bilelah berkecimpung dgn tudung ni mokcik pun x tau. Huk3x. Ape salahnye tukar citerase. Asik tudung bertingkek tingkek je. Sesekal nak gak ber bawal :) Ber shawl ke.. OK la kot kan. Hihi..

So Mydin Weekend memang bukak pukul 8 pagi tapi aku igtkan Kedai Aidijuma tu bukak kul 10. So kul 9.30 da gerak dr rumah 9.40 da sampai. Igtkan 1st person lah kekonon. Sekalinye OK ramai gile org masuk kat kedai yang kecik tu. Huk3x. Macam mane mau beli?? Dengan bawak troli bawak anak anak lagi. Hurmm..Sudahnye amek ajelah yang mereka dah keluarkan dr dalam kedai. Berpusu pusu. Pelik tgk dieorg beli banyak gile. Agaknye nak jual online kot. Mokcik amik 2 je. Jadilah buat collection walaupun xde baju yang sesuai. Huhuhuhu..

Hari ni keje pakai tudung gaya gini :) Failed rase tp bolehlah 1st time. Keh3x :) Lelame OK la kot :)

Sekian untuk entry 1st di Isnin ini :)



Wednesday, April 16, 2014

:: USS vs Hong Kong Disneyland vs LEGOLAND JB ::

Assalammualaikum

OK.Motif??Xde motif. USS vs Hong Kong Disneyland vs LEGOLAND JB. Dah survey 3 tempat. Pening gak. Motif nak survey? Mestilah sebab nak pergi. Tapi x tahulah tgk la jugak pade bajetnye. So buat mase ni berangan je lah dulu. Huk3x

USS. Insyallaah bulan 6 ni ke Jiran Sebelah. Kalau nak masuk memang boleh sangat. Tapi xtahulah lagi. Tujuan utama nk g wedding reception. Tgk pade masa dan situasi. Tgk duit jugak. Mahal Singapore tu. Xsanggup mokcik. Kalau ade rezeki adelah kot. Asal g sane je mesti teringin nak masok tapi x masok masok. Last kast tgk kat internet jek.

Hong Kong Disneyland. Xtahunlah tahun bile nak pergi. Just wish list je xtau wish list untuk tahun bile. Angan angan jugak. Kui3x. Asiklah berangan. Kan dah kua seketul jerawat kat dahi. Ape nak buat. Huk3x.

Legoland??  Mcm mahal gilos je nak masok sini. Huhuhu..Xsanggup rasenye. Arghhh Pening. Last last 3 3 pun just angan angan je. Kan best kalau salah 1 jadi kenyataan :)

Happy bile anak anak happy. Tujuan utama nk tgk anak anak happy walaupun hakikatnye mereka x tau pape and x reti nak cerite dgn kengkawan. Biaselah mama kan exted terlebih :p



Sumber : GOOGLE



:: JAMU ::

Assalammualaikum

Kembali bersiaran. 4 hari cuti blog pun cuti sunyi sepi. Hari ni nak share pasal JAMU. Pengalaman sebenar dari kakak sepupu. Tiada kene mengena dgn ynag hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sharing Is Caring :)
---------------------------------------------------------------------------------------->>
Kembalinya dari Johor..Tibe tiba rase sakit dada. Bile dipicit picit..oo angin agaknye. SO baring sebentar. Masih x kurang ajak suami g klinik. DOktor cakap gastrik. Tapi ape kene mengene gastrik dgn sakit dada sesak nafas. Abaikan sebab doktor lebih memahami. Hari berikutnya masik x kurang malaj bertambah sakit. Macam nak matik rase sakitnya. Terus ke KPJ Seremban. Terus emergnecy operate tebuk di perut untuk keluarkan angin. Tiub telah di masukkan dalam perut untuk mengeluarkan angin yang berkumpul di dalam badan. 

Masih sakit. Hari hari nangis sebab sakit. Tuhan je yang tau. Nak jalan sakit. Nak makan pun sakit. Xtray..Paru paru mengecut 9cm. Pam diberikan untuk mengembangkan paru paru. Tiub masih di dalam perut. Pakai pempers sebab xboleh jalan sebab terlalu sakit. Sampai kene marah dgn nurse di hospital. Katenye mengada ngada. Padehal die xtau sakit yang ditanggung. 

Sakit yang keterlaluan menyebabkan operation kali ke 2 di tebuk di bahagian yang sama untuk keluarkan angin. Ingatkan makin elok tapi rupenye x. Masih sakit. Akhirnya KPJ panggil doktor pakar Hospital Ampang Puteri. Emergency Operate. Sebab paru paru dah mengecut dr 9cm ke 5cm. Bertambah serius. 

Selesai operate. Soalan pertama yang di tanye oleh doktor kepada mak sedara. "Faizah ade makan JAMU ke?Susah saya nak buat kerja. Darah memancut keluar. Cair. Banyak. Paru Paru bocor"

------------- >>

Ngeri bile dipikirkan pengalaman sepupu. Kesian bile pergi tgk die. Sangat  merana sakitnya. Doktor pun marah die sebab makan jamu. Kesimpulannya..mungkin jugak sebab jamu die jadi begitu atau sudah tertulis die nak kene mcm tu . Tuhan lebih mengetahui. Yang penting aku memang x makan jamu. Takut pulak. Mungkin jugak ade jamu jamu yang lain or x semue jamu. Xtaulah pendapat masing - masing. CUme mahu berkongsi pengalaman kakak sepupu sendiri kesannye bile die amalkan JAMU...

Sekian :)

Friday, April 11, 2014

:: AIDIJUMA ::

Assalammualaikum

Tengah hari tadi sekadar pergi ke Mydin saje. Xlarat nk jauh jauh. Niat i hati nk survey Bawal Aidijuma. Latest collection membuatkan jiwa ini melonjak lonjak ingin memiliki xkesahla 1 pun jadilah. Sebelum ni hanye sekadar memerhati. Belum lagi sampai masa nk beli. Tapi hari ni xleh  tahan lagi  beli jugak. Xtahan tgk corak yang memukau jiwa. Sangatlahhh..Hihi

Jadilah janji ade kikiki. Untuk permulaan cukuplah sehelai 2. Tunggu keluaran Aidilfitri nnt. Adakah Aidilfitri tahun ni akan ber Aidijuma??Xtaulah nak cakap janji pakai tudung ye x. Hihihi...

Till then!!

:: FAREEDA ::

Assalammualaikum


MAWAR ABDUL KARIM: 'JIKA INGIN BERFESYEN, TENGOKLAH KEMAMPUAN DIRI | Nampaknya, isu rampasan tudung fareeda tiruan semakin panas apabila rata-rata pegguna laman sosial menganggap tindakan tersebut sebagai kejam dan menjejaskan sumber rezeki peniaga lain.Selain itu, pengguna-pengguna laman sosial juga mempersoalkan harga tudung-tudung keluaran fareeda yang dianggap mahal dan sukar untuk dibeli.Salah seorang peminat tudung fareeda iaitu Nurkamisah Sharil telah memuatnaik satu komen di facebook yang mencadangkan agar pihak pengurusan fareeda menghasilkan tudung yang murah.Cadangan itu bagaimanapun telah dibidas oleh Mawar Abdul Karim, isteri Fizo Omar dengan mengatakan kalau mahu berfesyen kena tengok kemampuan diri.Kata Mawar lagi, fareeda juga turut menjual scarves yang murah di mana harganya di bawah RM100.
-SUMBER : FB -
Moral Of The Story
Xtau nak cakap ape..beli yang mane mampu. Pernah gak beli Fareeda tapi pakai 2 kali jek. Huk3x....Kesimpulannya..ukur baju di badan sendiri. Peringatan untuk diri saya sendiri xde kene mengene samada dgn yg hidup atau yang meninggal dunia :)

:: PNEUMOCOCCAL vs INSURANCE ::

Assalammualaikum

Lately ni bile browse FB mesti ade artikel antara 2 perkara di atas. Susah benar nk type ejaannye..huk3x..
Kalau bace kadang kadang sedih bile ade kejadian yang x dingini berlaku di seebabkan virus virus. Dulu tau pasal vaksin pneumoccoccal ni kat Klinik Nazmir Batu Berendam. Katenye untuk budak budak yang duduk taska dinasihatkan amik vaksin ni untuk menguatkan antibodi mereka. Then tanye doktor. Doktor ckp meman kene amik sebab taska ramai budak and senang jangkit if demam or selsema. So setelah bincang dgn en suami maka kami pun beri emir zafran vaksin tu. Kene amik 3 kali. 1st time amik di Klinik Nazmir and 2nd and 3rd time di Klinik Wahida. Pade mulenya memang x amik tau pun harge vaksin ni sebab memang pakai Panel TNB so xdela nk tanye. Satu hari tergerak lak nak tanye. Doktor Wahida jual 1 vaksin tu RM200. Huk3x.. Syukur Alhamdulillah rezeki anak anak bile ayah die keje TNB. Then untuk Emelda Zahraa pun aku teruskan amik vaksin ni semuenye di Klinik Wahida. Syukur anak anak dapat vaksin ni. 

PRUDENTIAL Insurance..Syukur jugak kedua dua mereka aku dah daftarkan. Tetap gune TNB sebagai Panel tapi masih pemegang kad Prudential Insurance. More untuk saving dieorg mase sekolah. Xbanyak pun xpe janji ade yg disimpan di sana sini. :)

Xtau sebab ape nk cite pasal 2 bende ni. Mungkin ade sebab tersendiri. Xreti nak luahkan tapi tulahhh..Huk3xx

Ntah ape ape la mokcik pagi ni :'( Blurr kot sebab semlm MC sakit pinggang. So till then !! Below is the story maka terdadilah entry ini. 

---

Ini adalah X-Ray bahagian dada, seorang pesakit saya beberapa bulan yang lalu. Adik ini, berusia dua bulan kalau tidak silap, dibawa ibubapanya datang ke Jabatan Kecemasan kerana nafasnya kelihatan laju.
Apa yang dihidapi adik ini, cukup singkat. Dua hari sebelumnya bermula demam, dan cuma pagi hari tersebut nafas laju. Tidak ada masalah lain. Apabila tiba di Jabatan Kecemasan, bacaan oksigen (SPO2) nya cuma 80%. Doktor menjadi hairan apabila stetoskop diletakkan di bahagian kiri dada, tidak kedengaran apa-apa. Lantas xray ini dilakukan.
Apa yang adik ini hidapi, adalah penyakit jangkitan kuman yang dinamakan "empyema". Apa yang berlaku?
Melalui xray ini, kita dapat lihat, hampir keseluruhan ruang paru-paru sebelah kiri dipenuhi dengan sesuatu, kemungkinan cecair, (dilihat berwarna putih didalam xray). Penuhnya ia, sampai ia menolak jantung adik ini yang sepatutnya di sebelah kiri, menghimpit ke sebelah kanan. Jika diperhatikan juga pada trachea (salur pernafasan), dilihat berwarna agak gelap berbentuk tiub, menyenget ke sebelah kanan dada kecilnya.
Adik ini segera dimasukkan ke wad. Tanpa berlengah lagi, prosedur chest tube insertion dilakukan. Sebuah jarum bertiub akan dicucuk dan dimasukkan ke bahagian kiri dada adik ini. Hasilnya, keluar cecair berupa nanah pekat, bagaikan teh tarik pekat, mengalir keluar dari tiub tersebut.
Selama tiga hari, adik ini dipasang chest tube. Jumlah nanah yang dikeluarkan, hampir 300ml. Hanya selepas nanah dikeluarkan, barulah adik ini semakin kurang penat, dan oksigen badannya semakin pulih.
Nanah yang keluar tersebut, dihantar ke bahagian kaji kuman, untuk mengetahui apakah bakteria punca kepada empyema adik ini.
Keputusannya mendapati, adik ini rupanya terkena jangkitan Streptococcus Pneumoniae.
***
"Ha, houseman mana yang dah ada anak kecil tu, baik hangpa bawak anak-anak kecik hangpa pi ambik vaksin Pneumococcal. Hangpa dah exposed kat patient S.Pneumoniae, takut nanti terbawak balik kat labcoat ke stetoscope ke, berjangkit kat anak-anak hangpa pula."
Nasihat MO kepada para houseman, apabila keputusan kajikuman telah didapati. Vaksin Pneumokokkal sememangnya sudah ada di negara kita, namun dalam bentuk optional dan tidak disubsidikan. Kekurangan bajet menyebabkan kerajaan hanya mampu memberi subsidi ke atas vaksin-vaksin lain untuk mencegah penyakit lain yang LEBIH berbahaya, termasuklah vaksin HPV yang baru diperkenalkan.
Saya tak berminat berdebat dengan anti-vaksin yang mengutuk/memboikot HPV, saya katakan meh ganti saya untuk seminggu in-charge rawatan chemotherapy, dan anda akan dapati pesakit semuda usia 30 tahun, tanpa latarbelakang kelamin yang mencurigakan, sudah dihidapi Kanser Pangkal Rahim.
Berbalik kepada vaksin Pneumococcal, buat masa ini hanya di-provide oleh swasta. Satu suntikan, RM200 kalau tak silap saya. Bagi siapa yang mampu, usahakanlah. The benefit faaaaaar outweight the cost, apatah lagi the risk.
Apa yang terjadi dengan adik berkenaan? Rawatan antibiotik dimulakan segera. Dua minggu antibiotik melalui intravena, diteruskan lagi dengan empat minggu antibiotik yang diberi melalui mulut. Itu pun, tidak ada gerenti, tiada permanent damage ke atas paru-paru anak kecil ini. Paru-parunya mungkin mengalami fibrosis, seterusnya deformed permanently, menyebabkan fungsi pernafasan kanak-kanak ini affected sepanjang hayat.
Ramai yang menolak vaksin, berbangga mengatakan "anak aku tak vaksin, sihat je."
Remember, that xray, could be your child's.
Remember, sebelum anak kecil di atas datang ke hospital, dia mungkin telah bernafas udara yang sama dengan anak anda di nursery.
Atau di pasar malam. 
Atau di shopping complex.
Atau di kerusi teksi yang anda duduki.

"Streptococcus pneumoniae is normally found in the nasopharynx of 5–10% of healthy adults, and 20–40% of healthy children. It can be found in higher amounts in certain environments, especially those where people are spending a great deal of time in close proximity to each other (day care centers, military barracks)." - Wikipedia.
-SUMBER : FB -

Wednesday, April 9, 2014

:: BONDAMAMA ::

Assalammualaikum

Planning untuk anak anak tahun depan. Kenapa x proceed kat tadika sekarang?? Sebabnyer ade perancangan untuk mereka berdua. Nak sekolah kan kat SK di kawasan tersebut. And haruslah carik pusat transit yg berdekatan dgn kawasan tersebut. So BondaMama ade sediakan transit. So untuk permulaan haruslah jugak menyekolah tadika kan mereka (ayat apelah ni) di situ jugak agar mereka biasa dgn persekitaran..

Sudah call teacher and teacher tu tekejut. Kenapa awal sgt nak daftarkan mereka. Ngeh3x..Sy takut penuh cekgu :p Teacher ckp tunggu bulan 9 baru daftar. So 2 2 akan sekolah disitu next year. In case kalau dapat registerkan di SK Taman Tasek Utama..Stil jugak sekolah disitu. Jauh sikit transit tp xpelah. Tgklah keadaan kalau dpt transit yg berhampiran. Semuenye masih dalam perancangan. Sekalinye tetibe dapat naek pangkat?? Rezeki Alhamdulillah tapi semeu itu harus difikirkan untuk kesejahteraan bersama :)




:: KENAPA ::

Assalammualaikum

Emir Zafran..Semakin petah berbicara...Ada saja yang die tanye. Seronok layan anak anak. Tapi hari ni dr mula naik keta sampai la kat sekolah..Asiklah KENAPA Mama tu KENAPA mama ni KENAPA KENAPE KENAPA...And Suddenly teringat ayat Wardina

“Setiap kenapa menunjukkan sel2 otak sedang berhubung” 

Begitulah Emir Zafran.....Jangan pernah x jawab setiap kenapa yang anak anak tanyakan and jangan pernah penat nak jawab. Sebab kenangan setiap kenapa itu akan hilang dgn sendirinye bile die dah dewasa. Tetiba teringat iklan "Burung Murai".. :)

Peringatan untuk diri sendiri :)






Tuesday, April 8, 2014

:: Makan Makan @ Parameswara ::

Assalammualaikum

Malam tadi opis ade buat jamuan makan makan. Makan kat Ikan Bakar Parameswara kat Umbai. Pergi dgn my little princess. "Girls Day Out". Abang dah nangis nangis kat rumah. Huk3. Bukan xank bawak tp xde sape nk jage nanti. Ayah xnak pergi so xleh mama handle 2 org sekali dgn persekitaran yang x sesuai. 

Janji dengan Fyda. Tunggu kat tepi taman. Sampai lebih kurang pukul 8.20 malam. Ingat kami paling lambat tapi x start ape pun lagi. Adehh.. Mahu pulang cepat tp x start lagi. Start majlis dalam pukul 9. Then makan makan sambil dihiburkan dgn nyanyian budak opis. Kikikiki.

Naseb emelda x buat hal. So bole makan dgn tenang and lepas makan kami pulang. Xsanggup nak tunggu lame sebab esok kerja and anak pun sekolah. Pagi tadi pun meragam. Huk3..

Gambar non amik. Tunggu Fyda upload di blognyer..

Sekian.

Friday, April 4, 2014

:: AKU ISTERINYA ::

Assalammualaikum

Sedang layan story ni buat mase ni layan di iPad xsempat nk tgk tv. So far mcm ok wlpn xberape suke dgn Anzalna :/ Tapi suke tgk Izzue Islam wlupun x berape suke dgr die nyanyi mcm cover cover malu agaknye sebab die dikenali dgn berlakon kot. Kotlah ape ape pun ttp suke tgk izzue :p

SINOPSIS

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.


Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.



Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.



Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?


:: HAPPY BIRTHDAY MOM ::

Assalammualaikum

Nobody including me ever tells you how amazing you are as a mother because you invested all your time, energy & tender loving care in me. I have a wealth of friendship, family, happiness, honour, respect & love. Well mom , im so greatful that you're my mother, am luckier than the luckiest lottery winner to have you as my super annoying super awesome openminded mother ! HAPPY BIRTHDAY MAK !!! I LOVE YOU !!!


Happy Birthday Mak!!!

And This Is For U From All Of Us!! We Love You So Much!!

Schedule Entry : Belated Birthday on 30 Mac 2014


Thursday, April 3, 2014

:: APRIL ::

Assalammualaikum

Alhamdulillah Mac telah berakhir dgn 1 kenangan. Dapat adik ipar baru and majlis pun berjalan lancar walaupun huru hara di awal pagi. Kikiki..

April dah 3 hari berlalu. So far April ni tiada perancangan mahu ke mana mana. Nak berjalan jalan pun x sedap jugak sebab apak mentua tgh x sehat. Nanti ape pulak diorg ckp. So duduk saje lah di rumah sambil tunggu kedatangan bulan Jun :) Insyallah kalau xde pape Jun nanti akan ke Singapura. Cousin suami pulak yang kawen. Insyallah wishlist tahun lepas ke tahun ni pun xigt nak bawak mak abah ke Singapore jadi kenyataan. Kene pakse pegi jugak walaupun dieorg xnak. Kikikiki...

Semoga apa yang dirancang will going smoothly :) GOD Bless Us!!

Till Then




:: Wedding 2014 Part 4 ::

Assalammualaikum

Salam Rabu. Selalu rabu femes dgn entry Rabu Tanpa Kata tapi arini ni nk jugak buat Rabu Berkata Kata. Kikiki.Kembali bertugas setah cuti 4 hari campur sabtu ahad 6 hari. Minggu lepas event rumah mokcik.

Sangat letih lesu penat. Lepas ni upah catering je. Huk3x. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Alhamdulillah terang benderang ahad lepas. X hujan. Xtau nk cite ape layan ajelah gambar yg ade. Kikiki........ :p






Untuk Tatapan Rakan Blogger :)

Wednesday, March 26, 2014

:: Wedding 2014 Part 3 ::

Assalammualaikum

Wedding Reception di sebelah malam. Buat kat Dewan Sunshine. Okla selesa sebab x panas and anak anak pun suka lah berlari dari mula dewan sampai hujung dewan. Huhuhu..Oh anak!!












:: Wedding 2014 Part 2 ::

Assalammualaikum

Kembali story untuk wedding. So nikah is on Sabtu 22 March. 2014. Before Nikah kami disajikan dgn lunch dulu. Kenela makan kan kalau x pengantin gigil. So lepas tu baru kami gerak ke Masjid Bayan Lepas Penang. Dup dap dup dap. Ahamdulillah akhirnya adik aku dah kawen. Kikikiki..Dah jadi laki org. So pepandai la bawak isteri tu ye. 







Syukur Ya Allah Dapat Jugak Nenek Aku Pergi :)

:: Wedding 2014 Part 1 ::

Assalammualaikum

Ok kene devide into Part sebab akan ade beberapa part yang akan di storykan. Part yang pertama is time nak gerak anto pengantin.

Adik ipar org Pulau Pinang. Seperti yang dijadualkan akan bergerak ke Pualau Pinang pada hari Jumaat. Pagi yang indah hening tetibe dikejutkan dgn 2 berita yang pilu. En suami otw nak g amik my MIL. But suddenly die call die bgtau apak mertua kene stroke :'( Ye..hari kami nk berangkat ke Pinang :'( Cube bayangkan keadaan aku ketika itu. Tetibe gak en suami ckp anak sedare die yang di IJN ade bleeding kat kepala melibatkan saraf mata :'(. Ye hari yang sama waktu yg sama aku terima berita tu. Terduduk termenung seketika. Sebelah adik kandung. Sebelah perasaan suami :'( Aku diam je xbanyak bunyik sebab dalam kepala pikir mcm mcm. Andai kata enn suami xdpt pergi aku redha sb die kene jugak jaga perasaan mak mentua. Membisu sahaja sampai 1 saat die call suh siap. Lagi 4 kereta dah gerak jalan dulu.

En suami pergi jugak dgn perasaan yang agak berat. Jalan sgt jemmed lagi menambah berat kat kepala. Singgah di Tapah dalam pukul 9 malam. Ye dari pukul 4 petang sampai Tapah pukul 9 :( Punyelah lame. En suami sedikit lega. Apak mertua kembali normal. Langkah ynag bijak bile kene je serangan sroke terus ke hospital. Alhamdulillah. Anak buah pun OK. Barulah kami teruskan perjalanan dengan keadaan dan hati yang tenang.

Sudah raselah lalu di Jambatan Ke 2 Pulau Pinang. Free sehingga hujung bulan. Malam x nampak ape. Sampai di Penang dalam pukul 1 pagi. Check in di Rumah Tamu USM. Xdapat belajar USM tp dpt tido di rumah tamu USM pun jadilah. Kikikikiki.......