Nuffnang Code

Tuesday, June 10, 2014

:: TEMPTATION OF WIFE ::

Assalammualaikum

Sekarang tengah gile layan cite ni. Cite Philiphines. Kui3x. Tapi di tayangkan jam 3 dr Isnin sampai Rabu ke Khamis. Aku x igt. Pokoknye setiap malam mesti tgk kat TonTon. Huk3x. 4G Internet memang xcukup. So kene beli topup lagi. Habis duit mak. Cerite punye pasal. Ish3x.

Terbaharu di slot Telenovela, drama siri Filipina terbitan GMA Worldwide Inc., ‘Temptation of Wife’ bakal menemui penonton TV3 bermula 10 April 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang. Drama bersiri yang diadaptasi daripada siri drama Korea popular ini diarahkan oleh Dominic Zapata menampilkan barisan pelakon popular Filipina seperti Marian Rivera (Angeline Santos-Salcedo/Chantal Gonzales), Dennis Trillo (Marcel Salcedo), Glaiza de Castro (Heidi Fernandez) dan Rafael Rosell (Nigel Armada).

Angeline terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang jururawat apabila dia mendapati dirinya mengandung kerana terlanjur dengan Marcel Salcedo. Heidi yang turut menyimpan perasaan terhadap Marcel cuba sedaya upaya untuk menggagalkan perkahwinan Angeline dan Marcel tetapi dia tidak berjaya. Jadi, Heidi telah membawa diri ke luar negara.

Selepas berkahwin dengan Marcel, Angeline dilayan seperti orang gaji oleh ibu mertuanya, Stella. Walaupun dirinya tidak disukai oleh ibu mertuanya, Angeline tetap bersabar dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan anak menantu yang baik. Malangnya, Angeline mengalami keguguran dan sukar untuk hamil semula.

Selepas 5 tahun, Angeline masih tidak mengandung untuk kali kedua. Marcel mula tertekan kerana dia inginkan zuriat. Hubungan mereka berdua mula dilanda masalah. Heidi pulang ke Filipina sebagai seorang wanita berkerjaya yang berjaya. Heidi yang masih berdendam dengan Angeline mula menggoda Marcel untuk menghancurkan hidup Angeline.

Angeline mula mengesyaki Marcel telah bercurang. Namun, Angeline tidak menyangka bahawa perempuan simpanan Marcel ialah Heidi yang dilayannya sebagai seorang adik. Marcel yang mahu memutuskan hubungannya dengan Heidi telah berubah fikirannya apabila Heidi memberitahunya dia telah mengandungkan anaknya. Malah, Marcel yang telah diperdayakan oleh Heidi tidak mempedulikan Angeline yang akhirnya mengandungkan anak kedua mereka.
 
Dalam satu pergelutan dengan Heidi, Angeline telah jatuh ke dalam laut dan disangka mati lemas. Mujur dia telah diselamatkan oleh Nigel. Demi membalas dendam terhadap Marcel dan Heidi, Angeline sanggup berpakat dengan Yolanda untuk menyamar sebagai anak perempuannya iaitu Chantal Gonzales yang menguruskan sebuah syarikat produk kecantikan.

Daripada seorang suri rumah biasa, Angeline kini dikenali sebagai Chantal Gonzales yang penuh pesona. Sebagai permulaan, Angeline telah menggoda Marcel yang kini berkahwin dengan Heidi. Secara perlahan-lahan, Yolanda dan Angeline mahu mengambil alih syarikat keluarga Salcedo.

Dalam masa yang sama, Nigel mula menyayangi Angeline dan sentiasa melindunginya daripada rancangan jahat Heidi dan Stella. Chantal yang telah hilang itu sebenarnya sangat obses dengan abang angkatnya, Nigel dan mahu berkahwin dengannya.

Wednesday, June 4, 2014

:: HAPPY BIRTHDAY EMIR ZAFRAN ::

Assalammualaikum

Entry agak terkebelakang. Kekangan masa almost 2 bulan lebih kot. Masa tu xdelah kekang sgt tapi mood asiklah ke Laut China Selatan. Maafkan saya :(

So 26 Mei 2014..My Boy turns 4. Happy Birthday Darlink!!! Tiada sambutan diadakan untuk die. Cuma mama sempat baking kek and sediakan goodies untuk kawan kawan Emir. 1st time emir sambut di sekolah tanpa mama and ayah and adik. Kami 4 beranak hanye sambut di KFC saje :) Syukur Alhamdulillah.

Dear Emir Zafran
Time flies too fast
You are four years old already
A boy as cute as  you
Has filled our lives with joy
Your smile wins everyone's heart
Happy 4th birthday to you...

Monday, June 2, 2014

:: JUN ::

Assalammualaikum

Masuk bulan baru, Mei telah berlalu. Sekejap je rase mase berlalu. Rase cepat je Mei meninggalkan kite. Walauapepun kene sentiase kehadapan.

So Jun ni ade beberape aktiviti yang akan dilakukan. Next week holiday. Lame rase xbawak anak anak jalan jalan walaupun dieorg xtau pape. Kui3x..Akan ke selatan Malaysia. Jarang sekali ke selatan sebab asik ke utara and pantai timur and  bahagian tengah semenanjung. So 1st time gaklah nk jenjalan ke Johor bersama keluarga. Ade event di Singapore so akan masuk ke sane maybe 2 hari confirm sehari. 

Mood bercuti swicth on tp kene gak keje sampai kamis. Nak cuti lame lame td dah belek buku cuti cuti x berape nak ado. Huk3x. Ade lagi 5 bulan kene hadap so xleh nak cuti sesebarang. Kene simpan untuk anak anak terutamanye. Untuk diri sendiri belakang kire.

Semoga Jun ini blog ni kembali aktif. Huk3x

Friday, May 16, 2014

:: CHICKEN POX ::

Assalammualaikum

Sape pulak kene chicken pox? Emir Zafran yang kene :( Mase tu aku kat Kelantan bekursus. Mase tu hari kedua aku kursus kat sane en suami call bgtau emir kene chicken pox. Aduhai luluh hati sekejap sb mamanye jauh benr. Kalau kat KL memang dah pecut balik. So 4 hari di Kelantan hati rase x tenang. Ayahnye ckp jgn risau. Mak mane la yg xrisau kalau anak x sehat. Macam serik je nk g jejauh. Lepas ni kalau kene kursus jauh memang kene bawak anak. Mereka dah besar dah paham kene tinggal. Mencarikkkk :'( Then demam. Adehh..

So..Balik je terus balik kampung sebab dah bgtau suami suh anta emir kat kampung. Takut berjangkit dgn adik. Huhuhu..sedihnye mase tu. Sgt banyak. And besar besar. Takut aku tgk. Huhu. Mlam tu die meragam. Menangis je. Gatal agaknye. Then esoknye nak keje die xbg aku g keje. Nak mama katenye. Serik kene tinggal pun ye jugak. Tapi aku xleh cuti. So suami yang bekorban cuti. 

Lame jugak emir kene. Pergi klinik mintak krim macam zara dpt then tiap tiap malam sapu. Alhamdulillah. Seminggu jugaklah baru elok. Sekarang ni dalam proses nk kering. Tapi dah pergi sekolah. Doktor dah izinkan. 

Begitula ceritanya. Seminggu berlalu baru nk cerite. Mood ke laut. Hati x tenang. Macam macam berlaku so non ade mood. 

Sekian :)